Pages

nuffnang ads

Followers

Monday, 14 December 2015

Nadia Brian aka Milda


 
mesti ramai yang tengok citer akulah balqis kan? Aku pun tengok citer nii.. honestly aku cakap,mula-mula aku menyampah tengok Nadia Brian aka Milda niii.. bukan menyampah sebab apa tapi menyampah dengan perangai dia sebelum niii tapi sekarang milda da baik da.. bila dia da jadi baik nii perasaan menyampah tu automatic hilang n terus jadi minat kat dia. Sampai setiap hari tertunggu-tunggu pukul 6.50 petang sebab nak tengok dia je.. haha.. aku rasa banyak-banyak pelakon baru,yg berlakon utk drama tv3 pukul 6.50 petang.. Nadia ni la yg terbaik. Berlakon tak kayu,pandai berlakon.. cantik tu takyah cakap la kan.. hahaha.. pelakon macam ni la yg Kita nk bukan harap muka je cantik berlakon mengalahkan kayu..

Friday, 28 November 2014

Alhamdulillah dah rasmi dah

Finally! Setelah berjuang selama 2 tahun lebih akhirnya aku dah abis study.. Syukur Alhamdulillah.. Sekarang dah jadi penganggur rasmi lagi terhormat.. Bertambah lagi jumlah penganggur dekat Malaysia ku yg tercinta ni.. 

Inshaa Allah lepas ni aku sambung study lagi.. Tu pun kalau otak ni mampu lagi nak telan ilmu.. Tapi lantak lah,mampu tak mampu aku tetap akan study.. Impian aku yg menggunung tu kena dicapai.. Kalau tak,aku malu dengan diri aku sendiri + malu dengan bapa aku.. Huhu.. 

Sekarang ni aku duduk jela dekat rumah..  Menghabiskan beras.. Haha. Adalah buat bisnes sikit,saja-saja.. Isi masa lapang n buat duit sikit.. Nak tunggu kena pinang tak kena pinang-pinang.. Hahaha.. Pinang apa nya boyfriend pun tarakkk.. Bertabah jela wahai hati.. Ada jodoh adalah.. Tak ada kau doa jela supaya jodoh orang tu jadi jodoh kau.. Hehehe.. 

Merajuk kah aku?

Da lama sangat aku tak peduli dengan blog ni..  Busy oi busy.. 

Saturday, 6 September 2014

Cabaran 30 hari | apa yg anda makan hari ni



Hari ni aku makan ayam panggang n bontot ayam je... Dgn nasi kosong.. Sedap la jugak.. Ni aku makan lepas aku pergi lawat makcik aku kt hospital. Korang makan apa je harini? 

Friday, 5 September 2014

Cabaran 30 hari | 3 perkara yg anda ingin katakan kepada bekas kekasih anda

Hehehehe... Teruja nk buat entri pasal ni... Teringat kembali masa bercinta dolu-dolu... Jangan terkenang-kenang masa tidur sudahhhh... Hehe.. Banyak perkara yg aku nk cakap tapi biarlah just 3.. Yg lain tu biarlah aku cakap dalam hati n mohon dia mengerti dan mendengar.. Ala-ala cerita cinta dalam tv tu... Hahaaha.. 

Perkara 1: 
Aku nk ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab pernah menerima diri yg serba kekurangan ni.. Walaupun masih ramai yg lebih layak utk kau,tapi kau tetap pilih aku.. Cewaaahhhh.... Hehe..  

Perkara 2: 
Aku nk minta maaf sebab tak dapat jadi apa yg kau nak.. Kau tau aku macam mana.. Kau tau hati aku ni keras mengalahkan batu konkrit.. Huhu.. But kau tetap bg aku peluang but bila kau da nampak aku da macam tak boleh paksa diri aku,kau lepaskan aku dengan baik dan ku sambut dengan bahagianya... Huhu

Perkara 3:
Kita kan kawan... Selamanya kawan.. So kalau perlukan kawan,carilah aku... Sms,kol,wechat,whatsapp... Jangan lupa yg aku ni tetap kawan kau tau.. Hehe

Cabaran hari ke-4 | buku kegemaran anda


Aku memang dari kecik lagi suka membaca.. Dulu masa kecik suka baca komik,ujang,anak-anak sidek,doraemon..  But bila da besar ni da bertukar minat da.. Lebih suka baca majalah n novel cinta.. Hehehe.. Kalau majalah faveret aku remaja but kalau novel feveret aku my precious iris.. Huhu.. Serious aku suka gila dengan novel tu.. Lebih-lebih lagi dengan watak iris n firman tu.. Sampai aku teringin nk jadi macam dia.. Sapa yg pernah baca novel ni tau la macam mana gilanya iris tu.. Sayang abang pedas pedas pedas... Purrrrre meowwwww.... Hahahaha

Cabaran hari ke-3 | sesuatu yg menguatkan anda


Ni la wajah yg menjadi penguat aku..  Seseorang yg tidak pernah berkata 'tidak' kepada semua kemahuanku.. Seseorang yg sangat penyayang.. Seseorang yg sangat mengambil berat kepadaku..seseorang yg sangat menyayangiku dan seseorang yg masih tetap menganggap aku seperti anak kecil.. Dia lah bapaku yg tercinta..